Saturday, May 10, 2014

What is happening to me???

I'm no longer the old me. I've changed. Oh my........ The old me, I will spent my free time with study and assignments. I'll do anything that possible at that time. I'll keen to spent that time with valuable things. But now, I've become the person that I'm afraid to be. I'm becoming more lazier than before, do last minute assignment, even though it works well :) and study when the exam is coming. Not suppose to do that, cuz we study to enhance our knowledge, not for the exam, not for the pointer, not for our brighter future. That mentality =.= . Playing games, watching movies with friends..... make it as my routine. Oh, the old me. I miss you. Come back to me. I'm afraid that I'll forget about my primary goals. 

Tuesday, April 22, 2014

Tolong aku...

***(nama ku dipanggil), nanti tolong aku. Teringat kata kawan sekelas seebelum test bermula. Nanti tolong aku tau. Aku pun terus jawab kat dia, "buat je sendiri" dgn nada perlahan sbb risau lecturer nampak. Nak dijadikan cerita test yang kami ambil pada hari tu adalah test yang sepatutnya dijalankan seminggu sebelum. Test tunda... Jadi, kawan2 dari group lain dah ambil test tu. Entah macam mana, kertas soalan test dapat diseludup keluar. Eh, lain macam bunyinya:D apa2 pun, kami yang belum ambil test pun dapat la contoh soalan tu. Kami pun bincang dan buat. Ya, termasuk diriku sekali. Aku cuma nak jadikan contoh soalan tu sebagai latihan utk test. Okay, balik ke masa test tu. Kawan sekelas yang mintak tolong tu pun salah satu pelajar yang dah dapat soalan yang diseludup keluar tu. Sebelum lecturer bagi kertas, bukan kemain dia mintak tolong. Tapi, lain pula jadinya lepas lecturer bagi kertas test. Soalan yang diberi sama macam soalan yang diseludup keluar tu. Aku pun apa, terkesima la. Rasa bersalah juga sebab dah pernah jawab soalan tu. Termenung sekejap beberapa minit. Terfikir, nak buat semua betul ke nak buat salah dkt mana2. Kawan sekelas tu memang tak hingaat dunia dah. Dapat kertas terus YES!!!. Hmmm. Apa yang nak diceritakan ini adalah pada mata kasar sahaja. Bukannya nak memburukkan kawan sekelas ni, tapi nak dijadikan sebagai pengajaran. Mungkin utk diri ni sendiri.
Pengajaran yang boleh dapat pada cerita ni, pertama, ketika sebelum test bermula. Setiap kali test kan, kita mesti dah berusaha. Paling tidak pun, mesti dah ada belajar sebelum2 ni. Selepas berusaha, kita tawakal. Apa maksud tawakal? Maksudnya kita percaya kpd Allah. Kita berserah semuanya kepada Allah. Insyaallah apa yang kita hajatkan itu ditunaikan. Kalau tak ditunaikan pun, ada hikmahnya. Percayalah. Setiap yang Allah beri itu adalah yang terbaik utk kita. Pernah terdengar ayat power ni, "pertolongan Allah tidak datang terlalu lambat dan tidak pula datang terlalu cepat, tetapi pertolongan Allah itu datang pada saat yang tepat". Fuhh, hebat ayat ni. Memang betul pun. Lain pula jadinya dekat kawan sekelas tadi tu, kertas soalan tak diberi pun lagi, dia dah mintak tolong dgn aku. Apo kono eh jang? Lepas tu, bila dapat kertas soalan terus cakap YES!!! takdanya nak syukur dulu ke apa ke. Ini cuma pada mata kasar sahaja eh. Minta maaf ya. Nak dijadikan pengajaran utk diri, insyaallah. 
Mari sama2 bukak surah al-ikhlas. Cuba tengok maksud ayat-ayat tu. Ayat yg kedua, "Allah tempat meminta segala sesuatu". Sudah terang lagi bersuluh, hanya Allah tempat kita bergantung. Pengajaran utk diri sendiri menghadapi setiap dugaan dalam hidup ni. Ketika senang ingatlah Allah, ketika susah ingatlah Allah. Insyaallah :)

Monday, April 21, 2014

Soalan yang sering didengari tatkala berada di universiti. Mesti je ada orang yang tanya. Apa matlamat hidup kau? Besar nanti kau nak jadi apa? Kau nak kerja apa? Mintak kerja kat mana? Bla bla bla? Bla bla bla? Banyak lagi soalan yang hampir sama. n jawapan yang aku akan bagi berbeza-beza. sekejap nak jadi itu, sekejap nak jadi ini. Tapi bagus la, ada matlamat hidup. Matlamat hidup ni la yg menjadi pemangkin di setiap kejatuhan kita utk menjadi lebih berjaya. Darah panas lagi nak dikatakan. Tapi persoalannya, betul ke matlamat hidup yang kita pilih tu?

Setelah hampir setahun berada di dalam usrah, saya amat bersyukur kerana dipilih Allah utk mendengar perkongsian yang disampaikan oleh abang-abang seusrah. Dari usrah juga la saya tau yang matlamat hidup saya salah. Bukannya salah apa, tapi lebih kepada duniawi sahaja. Pernah terlintas la juga kalau dah berjaya hidup kt dunia nak buat amal kebajikan semua. Matlamat ini masih ada, tapi bukannya yang utama :) mungkin matlamat yang terakhir bagi saya. Kini saya sedar, matlamat hidup yang harus saya utamakan adalah ibadat. Bukannya nak kata dulu tak beribadat, tapi dulu2 solat fardhu & baca al-quran, solat sunat sikit2. Adapun ibadat ni, tapi still melakukan kejahilan. Jadi, inilah masanya nak kena gandakan ibadat, bukan setakat yang fadhu sahaja, tapi bila bab2 sunat pun kita amalkan. Teringin juga nak berdakwah. Nak menyampaikan kepada orang lain. Buat masa ni terasa diri ni kecil utk berdakwah. Mungkin segan nak menegur orang lain. Tapi tak apa, setiap masalah ada penyelesaian dgn izin Allah. Nak hilangkan segan tegur orang lain tu, boleh la mulakan dgn memberi salam kepada orang lain. Walaupun kita tak kenal orang tu. Mungkin kesannya tak banyak, tapi sekurang-kurangnya dapat la memberanikan diri utk bercakap. Insyaallah boleh jadi muslim sejati. Baru la boleh menjadi seorang yang tidak gentar untuk mati syahid demi mempertahankan Islam. Hari ni kita boleh la kita kata kalau negara kita diserang & agama kita dihina, kita akan pertahankannya. Tapi tak mustahil lain pula jadinya pabila "hari" itu datang. Jangan kita jadi orang pertama yang lari dari medan tempur. Jangan kita jadi orang yang berpaling tadah utk menyelamatkan diri. Biarlah kita syahid ataupun menang. Teringat kata2 Tariq Bin Ziyad kepada tentera-tenteranya :')
Betapa jahilnya hidupku dahulu. Terima kasih Ya Allah kerana memilihku. 

Monday, December 23, 2013

Best pulak tengok kawan yg ada blog ni. Boleh luah perasaan la katakan :D testing2 1 2 3